Thursday, March 22, 2012

PRODUK KESIHATAN :- PRODUK SALINDAH (KEHAMILAN & POST-NATAL)


                                             (gambar sumber google)


(set lengkap salindah=semasa hamil+lepas bersalin RM370)


Hai..Salam 1 malaysia
entri kali ini HM nk kongsi dgn korang semua tentang kelebihan penggunaan set salindah..sebab Hm telah pun mengunakan set salindah ini dari anak pertama hingga anak ke-2.insyallah ,HM akan terus continue menggunakan set salindah ini utk ank seterus nyer...Memang Terbaek!!!


Alhamdullilah..melahirkan anak sulong dan kedua... dgn mudah...(kedua-dua nyer lahir secara normal..luka pd faraj koyak sendiri,tak kena gunting pun,hebatkan (^_^)....bayi pun sihat dan kuat.Alahan pun tak teruk semasa 1st trimester. sakit untuk mengeluarkan bayi pun tak lama..ini semua bantuan dari homeopati salindah yg HM gunakan secara konsisten dan teratur...kalau korang semua nak tahu HM ni penakut..tak bolet tahan sakit...klu sakit sikit je sakit nyer rasa mcm dh teruk sgt...




banyak kebaikan yg HM perolehi dari penggunaan set salindah ini..anak susah nak kena kuning. keadaan kesihatan Hm pun sentiasa sihat dan bertenaga semasa dlm pantang.klu org tgk wajah Hm mereka tegur "muka merah berseri je,tak pucat" tak mcm sesetengah org lain dlm pantang muka pucat,kurang darah..

.banyak tip-tip2 yg Hm nak kongsikan dgn korang semua...ttg kehamilan dan dalam pantang lepas melahirkan bayi...tapi di lain entri Hm kongsi yer..(^_^)..penat la menaip entri panjang melebar mcm ni..korang pun mesti malas nak baca nnt..hihi....




                                                    (gambar sumber google)

(set semasa hamil)

* penggunaan dari kandungan berusia 3 bulan dan keatas..(amat baik sgt untuk ibu hamil menggunakan nyer..dari B1-B6 bg menghilangkan rasa gemuruh,rasa takut dan bayi dlm kandungan pun kuat,HB pekatan darah pun maintain.tapi result nyer bergantung pada metobolisme sesetengah org..tapi selama Hm menggunakan nyer alhamdulillah ..kesihatan semasa hamil sentiasa dlm keadaan baik...Doktor senyum jer klu Hm dtg checkup..tak pernah komplen psl HB..dan..BP...
TIP-TIPS KEHAMILAN: sebab Hm menitik berat faktor pemakanan semasa mengandung...makan secara sihat.byk mkn buah-buah,sayuran dan ulaman.byk mkn ikan berbanding ayam.dan byk minum air suam sehari 3liter.minum air kelapa,minum susu magnolia....demi kepentingan bayi dan ibu...banyak berjalan,exercise @berjongging.



                                           (gambar sumber google)

(set lepas bersalin)

*Penggunaan selepas melahirkan bayi selepas 6jam hisap perlahan-lahan L8 untuk mengurangkan rasa sakit bersalin


TIP_TIPS SEMASA BERPANTANG :-
#Bertungku pagi dan petang selama 30 minit untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor,menaikan batu meriam,
#berpilis,berurut,mandi air panas @ mandi Herba,berbengkung,
#jangan mencangkung @ bertinggung takut terkeluar peranakkan,jika sembelit mkn ubt melawaskan air besar @ mkn buah oren..jgn meneran semasa buang air besar takut jadi buasir....
#mkn ulam pegaga amat baik utk proses penyembuhan luka dalaman,cuci luka jahitan faraj dgn air panas+majakani+asam gelegur+garam+kunyit=bagi mati kuman..dan luka faraj cepat kering.
nak tahu lebih lanjut mengenai tip-tips bersalin..tunggu di lain entri k..nnt HM kongsi untuk korang..(^_^)


Disini..HM bagi sedikit info Tentang produk salindah.....untuk pengetahuan korang semua.....

***Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.

Set Sebelum Bersalin:

B1 : Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu

B2 : Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis

B3 : Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

B4 : Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

B5 : Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


B6 : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.




Set Selepas Bersalin:

L7 : Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.


L8 : Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

L9 : Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.


L10 : Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.


L11 : Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan

L12 : Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.



##Kalau korang ada sebarang pertanyaan mengenai produk salindah @ korang nak beli produk salindah ini..sila email ke camrynnn86@yahoo.com.my...


*ilmu yang baik kita berkongsi bersama,semoga masing-masing memperolehi pahala dan rahmat dari allah s.w.t..Amin...








1 comment:

zurman said...

Salindah ni boleh makan bersama pil yang doktor bagi ke? Maksud saya dalam 1 hari tu...kalau boleh kena jarak berapa jam antara ubat doktor dengan ubat salindah? Saya mengandung anak kedua dan teringin mencuba salindah kali ni. Berapa harga set sebelum bersalin dan selepas bersalin? Boleh HM terangkan...terima kasih - zuraihah